Soalan Lazim yang anda ingin tahu!
Berikut adalah soalan yang lazim pelanggan utarakan. Diharap terjawap soalan yang ingin anda tahu
1. Sekiranya saya berminat, apakah keperluan yang perlu saya sediakan?
Sekiranya anda berminat, sila isikan borang untuk sebut harga dan pihak kami akan menyatakan keperluan yang anda perlu sediakan.2. Bagaimana proses pembayaran untuk sesuatu pakej?
Untuk permulaan, deposit seperti yang dinyatakan didalam sebut harga dikenakan dan bakinya perlu dijelaskan setelah selesai iaitu sebelum pelancaran website tersebut. [/list]3. Berapa harga satu laman sesawang?
Kami mempunyai banyak pakej yang sesuai untuk anda. Sila hubungi kami untuk keterangan harga yang memenuhi cita rasa anda sebenar. Selalunya , laman e dagang adalah lebih mahal dari laman biasa.4. Adakah setiap tahun saya perlu bayar RM2000?
Tidak ! Anda hanya membayar lebih pada tahun pertama kerana ada bayaran rekaan laman web. Pada tahun kedua, anda hanya perlu bayar untuk:
- Domain dan Hosting.
- Bayaran penyelenggaraan.
- Bayaran untuk membuat semula laman sesawang , jika anda mahu yang baru.
5. Bagaimana cara pembayaran?
Kami hanya menerima bayaran samada melalui tunai, cek atau bank-in untuk akaun bank tertentu sahaja.6. Saya membuat laman web di bawah syarikat saya, adakah Mesra Web sediakan resit online atau resit fizikal untuk saya buat claim pembayaran web itu?
Kami menyediakan resit selepas pembayaran penuh diterima. [/list]7. Laman web saya sudah siap, pembayaran penuh telah dilakukan dan resit sudah saya dapat. Apakah langkah seteruskan yang perlu saya tahu?
Anda akan di emailkan maklumat penuh laman web anda seperti username, password, link penting dan maklumat-maklumat lain.8. Saya berminat untuk mempunyai sebuah laman web dan ingin pihak Mesra Web buatkan, bagaimana saya hendak mulakan?
Ya ! Memang kami akan sediakan latihan.9. Sekiranya saya berada dilokasi jauh, macam mana saya ingin berurusan dengan anda?
Kita boleh berurusan melalui email atau telefon. Anda boleh menghantar bahan-bahan melalui email.10. Berapa lama satu laman web dapat disediakan?
Laman web dapat disediakan dalam tempoh 2 minggu hingga 1 bulan , berdasar pada keterangan syarikat anda yang mencukupi.11. Bagaimana untuk saya menguruskan sendiri laman web tersebut?
Kami akan sediakan manual untuk anda mengemaskini laman web tersebut:
- 1. Anda perlu pilih alamat link url (alamat link web) anda sendiri contoh : http://butikcantik.com .
- 2. Sila layari web ini : http://www.whois.com dan masukan nama dalam kotak di atas, contoh ‘kedaibaju’ dan pilih TLD sama ada .com/.net dan lain-lain. Jika keputusan, Unavailable, bermakna nama link tersebut telah diambil orang lain dan anda perlu pilih nama lain.
- 3. Anda boleh hubungi pihak Mesra Web melalui email atau panggilan telefon.
- 4. Tunggu atau dengar langkah seterusnya dari kami melaui email atau panggilan telefon tersebut.
12. Saya sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk berjumpa selalu. Bagaimana saya hendak berhubung dengan Mesra Web jika saya ingin suruh membuat penambahan , hendak bertanya sesuatu dan ingin menghantar fail-fail dokumen?
Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja sama ada melalui panggilan atau sms. Jika ingin menghantar fail dokumen, anda boleh hantar maklumat anda ke email kami.13. Apa yang saya perlu lakukan semasa proses laman web saya dibina?
Semasa proses laman web anda dibina, anda harus menghantar secepat mungkin dan hantar ke email. 1. Maklumat web 2. Gambar-gambar 3. Idea untuk web anda14. Apakah isi kandungan yang perlu ada dalam laman web ?
Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:
- Halaman Utama.
- Pengenalan atau Profail.
- Produk dan servis.
- Hubungi kami.
- Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).
15. Apa yang terkandung dalam pakej biasa laman sesawang ?
Dalam pakej biasa, anda akan mendapat perkara berikut:
- Domain + hosting.
- 1 laman sesawang jenis CMS, di mana anda boleh masuk bahan sendiri.
- Latihan ringkas.
- Bantuan percuma dalam tempoh 6 bulan.
16. Saya lemah dalam IT. Tambahan, saya sibuk untuk urusakan laman web tersebut, adakah pihak Berjaya Web menyediakan khidmat untuk uruskan laman web saya setiap bulan?
Pihak kami menyediakan khidmat admin iaitu orang yang akan mengemaskini (update) laman web anda pada setiap bulan. Admin akan menerima maklumat daripada anda melalui email dan telefon setiap bulan. Bayaran dikenakan. Anda boleh rujuk pakej Admin untuk melihat maklumat selengkapnya.17. Adakah laman web saya selamat daripada digodam oleh hackers?
Setiap laman web tidak terlepas dan terdedah dengan ancaman hacker. Namun begitu, laman web yang telah kami bina mempunyai ciri-ciri keselamatan melindungi maklumat peribadi anda daripada dipaparkan di WHOIS daripada spammer, data harvester dan lain-lain. Nama domain dikunci dan dilindungi daripada di pindahkan oleh pihak yang tidak diketahui.18. Adakah laman saya mesra telefon bimbit?
Ya ! Memang laman web baru kami semua mesra Telefon Bimbit.19. Adakah saya dapat email syarikat?
Semua pakej disediakan email. Berapa banyak email, terpulang pada hosting yang dipilih.20. Apa beza laman edagang dengan laman biasa?
Terdapat 2 perbezaan besar:
- Laman biasa menceritakan syarikat dan produk nya sahaja
- Laman edagang boleh menceritakan produk syarikat, boleh menjual baranggan melalui laman sesawang dengan bayaran cara Promosi gateway atau paypal.
21. Adakah Mesra Web beri latihan selepas siap laman web?
Ya ! Memang kami akan sediakan latihan.22. Kami ingin memindahkan laman web kami ke syarikat Mesra Web. Bolehkah membuat demikian?
Ya ! Dengan syarat syarikat lama membenarkan membuat begitu.23. Bagaimana setelah tempoh jaminan tamat?
Setelah tamat tempoh jaminan, sekiranya ada penambahan atau penyelenggaran, anda perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kami dengan sedikit kos.
Ada soalan Lain?
Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau mempunyai soalan tertentu. Kami alu-alukan pertanyaan anda. Sila hubungi kami melalui borang pertanyaan atau menelefon kami.
Kami sedia membantu anda.
H/P: 012-4720071
No. Tel/Fax: 04-7322488
email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Klik untuk